RINGKASAN...

"malaysianoutdoors.blogspot.com" ADALAH BLOG MAJALAH SECARA ONLINE ATAU DIPANGGIL "E-MAGAZINE " KEUJUDAN MAJALAH ONLINE INI BAGI MEMENUHI KEHENDAK RAMAI PEMINAT SUKAN OUTDOORS TIDAK KIRA SUKAN PEMOTORAN MAHUPUN AKTIVITI PERCUTIAN SEMUA SEKALI KITA AKAN CUBA MASUKAN DALAM MAJALAH ONLINE INI, UNTUK MASA INI PIHAK "malaysianoutdoors" MASIH LAGI DI PERINGKAT PERMULAAN MEMBENTUK SATU BENTUK MAJALAH YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI, BAGI FASA YANG KEDUA PULA PIHAK KAMI AKAN MENDAPATKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARI SEMUA SAHABAT-SAHABAT "OUTDOOR" UNTUK DIMUATKAN DI DALAM MAJALAH INI . "malaysianoutdoors" HARAPKAN SOKONGAN DARI KORANG SEMUA UNTUK TERUSKAN BLOG NI DAN TOLONG LAH KLIK SEKALI "JOIN THIS SITE" DAN "FOLLOW THIS BLOG" DI RUANGAN KECIL SEBELAH KANAN. TQ

Wednesday 9 July 2014

"malaysianoutdoors.....the adventure is begin": HARI PEMALASAN SEDUNIA HEHEHEHE

"malaysianoutdoors.....the adventure is begin": HARI PEMALASAN SEDUNIA HEHEHEHE: Assalamualaikum :- Sebenarnya xder apa yang aku nak tulis ntah la makin hari makin malas lak aku nak update blog aku ni , haih dengan b...

HARI PEMALASAN SEDUNIA HEHEHEHE

Assalamualaikum :-

Sebenarnya xder apa yang aku nak tulis ntah la makin hari makin malas lak aku nak update blog aku ni ,
haih dengan berlungok kerja nak kena buat dan Sekarang pulak di bulan puasa lagi la x sempat nak update ,kalau malam pulak dah sibuk ke surau dan Masjid yer dok.
Cuma sejak akhir-akhir ni kepala aku jadi runsing memilkirkan dunia sekarang kalau x pikir x boleh kena pikir sebabnya akan terkait dengan masa depan anak kita pulak haih dunia2. Apapun marilah kita melngkapkan diri dan anak kita dengan ilmu agama supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara perkara maksiat di masa akan datang.

OK aku ada beberapa perkara nak ajak korang dengar pasal biz emas yang aku buat tapi aku pikir nantilah aku ceritakan xsempat nak buat posting hari ni.

ok lah makin merapu lak ni . Aku nak ucap kan selamat berpuasa kepada semua umat Islam sama ada yang kenal atau tidak SELAMAT BERPUASA......



Tuesday 25 February 2014

Assalamualaikum semua rasanya dah terlalu lama aku menyepikan diri dari dunia bloging ni, emmmm bukan apa sebab da x der idea nak tulis apa kan bertambah pulak dengana kesibukan kerja lagi. apa- apapun admin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung blog malaysianoutdoor ni dan ada yang mintak admin jangan menyerah kalah heheheheh sebenarnya admin x menyerah kalah pun mcm yang admin bagitau tadi lah disebabkan kesibukan dengan kerja hakiki admin tu yang membuatkan admin terpaksa mengenepikan sementara dunia bloging ni,
sekadar gambar hiasan

Admin bukan sahaja sibuk dengan kerja hakiki kini admin juga sibuk mempromosikan biz baru admin heeheehe tapi ini bukan lah biznes yang sebenar. admin sebenarnya mempromosikan supaya masyarakat kini supaya menjadi masyarakat yang menabung, tapi bukan menabung wang inya lebih kepada menyimpan emas satu bulan 1 g. ok lah xder apa lagi admin nak ulas sekiranya admin free kita akan jumpa lagi bye adios

Wednesday 12 December 2012

"malaysianoutdoors.....the adventure is begin": KEM SRI CEMPAKA, Kg. Sempeneh Cempaka, BATU KURAU,...

"malaysianoutdoors.....the adventure is begin": KEM SRI CEMPAKA, Kg. Sempeneh Cempaka, BATU KURAU,...: Terdetik hati ini nak promotekan tempat member aku walaupun tempat ni sudah diketahui ramai tapi tahukah korang semua kelebihan tempat ini ...

KEM SRI CEMPAKA, Kg. Sempeneh Cempaka, BATU KURAU, PERAK

Terdetik hati ini nak promotekan tempat member aku walaupun tempat ni sudah diketahui ramai tapi tahukah korang semua kelebihan tempat ini disini aku nak kongsikan beberapa info tempat ni, tu pun aku ambik di dalam web yang hidup segan mati xnak member aku ni di  http://cronieadventureteam.blogspot.com oh ya kalau korang tahu juga kawasan ni juga di nobatkan Anugerah Desa Cemerlang peringkat kebangsaan baru ni yang mana mereka telah memenangi RM 1 juta x silap aku la (kategori dan RM tu kalau xsilap aku lah apa-apa pun korang leh tanya ngan diorang) yg pasti memang ada diorang menang peringkat kebangsaan baru-baru ni.



Kem Sri Cempaka merupakan salah sebuah Kem rekreasi yang terdapat di daerah Larut Matang Selama. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Pusat Bandar Taiping. Kem ini mampu menempatkan seramai lebih dari 100 orang. Di buka pada awal tahun 2009 dan banyak kemudahan - kemudahan yang akan didirikan demi kemudahan pengunjung. Kem ini mempunyai 7 unit chalet serta 1 asrama serta terletak berhampiran dengan Lata Sempeneh Cempaka. Dikelilingi dengan bukit serta suasana yang nyaman pasti membuat pengunjung begitu selesa dengan nya. Kem ini juga mempunyai trek mendaki, aktiviti Fling Fox, Reppling, Merentas Halangan dan pelbagai lagi aktiviti yang mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal.


mungkin korang tertanya apa yang bestnya kat sini dan apakah kemudahan yang diorang  sediakan  boleh lihat dibawah ni

Apa Yg Ada di Kem Sri Cempaka :

7 Buah Chalet yg bercirikan suasana kampung
. RM 70.00
. Keselesaan untuk 4 orang
. Kemudahan Bilik Air tersedia di dalam
. Kipas Angin dan Katil

Sebuah Dorm
. RM 120.00
. Keselesaan untuk 15 orang
. Bilik Air tersedia di dalam

Lain - lain kemudahan

. ASTRO
. Ruangan BBQ
. Tapak Khemah
. Dewan Terbuka
. Padang Aktiviti
. Karaoke
. Merentas Halangan
. Flying Fox
. Aktiviti mendaki
. Jurulatih yg bertauliah
. Fasilitator

Antara Aktiviti yg ada

. Sukaneka
. Hari Keluarga
. Kursus Motivasi
. Kursus Rekreasi
. Kursus Kayak
. Kursus Mendaki
. Kursus Komputer
. Aktiviti Sukan Lasak



oh ya bagaimana nak kesana ok kat sini aku sertakan plan laluan kalau korang berminat nak pergi :



dengan siapa korang nak berhubung berkaitan dengai aktiviti ni dibawah aku sertakan juga :


Pengurus Kem Sri Cempaka No.Tel/email: 0194498876/0125635376 jaha76@gmail.com/
 


 selain dari kawasan kem ni tempat ni ada pelbagai perkara yang memang patut di lawati dan diteroka terutamnya kawasan batu kapur dan guanya dan satu lagi yang special kat sini kalau kena musim buah durian perghhhhh sapa yang tak kenal dengan durian batu kurau kan hehehehe




Gunung Kurau

Baru- baru penulis sempat meluangkan masa bersama- sama dengan Pengurus Cronie Adventure En. Zamzam dan beberapa orang krew dari team Cronie Adventure menerokai sekitar kawasan Gunung Kurau. Sebenarnya penerokaan ini hanya separuh kerana Gunung Kurau ini mempunyai pelbagai sejarah yang tersendiri yang masih belum di jelajah sepenuhnya. Untuk pengemar-pengemar aktiviti mendaki, pihak Cronie Adventure telah menrangka untuk mengadakan satu program Explorasi Gunung Kurau dalam waktu terdekat ini.. Di kesempatan ini beberapa gambar mengenai tempat-tempat yang menarik di sekitar Gunung Kurau telah diambil untuk tatapan semua.

Kalau dapat kita saksikan dari jauh, Gunung Kurau ini jelas berbentuk seekor gajah yang sedang tidur. Namun sebenarnya banyak kisah dan cerita- cerita yang telah sempat penulis menemuramah penduduk- penduduk setempat. Antara kisah ke wujudan itu di bukti dengan penemuan oleh orang terdahulu dan ada antaranya lebih kepada kisah dongengan. Penulis menemui seorang penduduk tempatan yang di kenali sebagai Pak long Hamzah. Beliau menyatakan asal Gunung Kurau ini adalah terjadi ketika dahulu kala sang kelembai yang di kenali dengan sifat yang sukar menyumpah menjadi batu apabila menegur. Telah menegur Gunung Kurau yang dahulu nya merupakan Istana Dewa-dewa kayangan dan akibatnya Istana ini telah menjadi batu. Ini di buktikan lagi apabila beliau menyatakan terdapat banyak gua serta batu yang meyerupai bentuk- bentuk tertentu. Antaranya terdapat gua pelamin, gua bersanding, kolam, batu berbentuk katak, nyamuk,gajah serta pelbagai lagi. Namun cerita ini lain pula kisahnya..Penulis menemui seorang lagi penduduk yang menyatakan gua ini dahulunya di kelilingi oleh lautan dan tempat kapal- kapal berdagang. Buktinya terdapat beberapa penemuan seperti tali sauh kapal, kulit- kulit hidupan laut seperti kerang dan siput dan nama gunung kurau ini juga di ambil sempena seekor ikan kurau yang di tangkap penuh mesteri yang mana telah di bunuh. Kepala ikan kurau itu berada di Gunung ini dan ekornya telah hanyut hingga ke kuala dan kuala itu telah di nama kan Kuala Kurau. Sebenarnya banyak lagi kisah2 yang dapat di ketahui namun hanya ini yang dapat penulis ceritakan.


Gunung Kurau dari pandangan tepi. Cuba perhatikan betul- betul. Bentuk gajah sedang tidur.

Permandangan menarik dari puncak Gunung Kurau.
diantara Gua - Gua yg di temui terdapat di Gunung Kurau. Sememangnya banyak lagi gua-gua yang belum di terokai.

Sungai - sungai yang mengalir di sekeliling Gunung Kurau
Kepada yang berminat untuk mengadakan aktiviti mengenai Gunung Kurau bolehlah hubungi  penulis di nombor yang tertera di bawah ini :
Muizhar Bin Mohamad
0194498876 atau 0125635376

 

Tuesday 4 December 2012

Beautiful KL in Darkness... pergh betul ke ayat aku ni hehehe


Salam santai allz.....
Pada 1hb 12.2012 aku bergerak ke kl bersama family aku untuk menghadiri jemputan kawin sepupuku, nak tak nak aku kena turun juga ke KL sebabnya majlis di Terengganu aku x dapat hadir. Di KL aku menginap di rumah adik aku la di Ampang bersama dengan mak aku dan adik2 aku yang lain so penuh la rumah adik aku dengan anak sedaranya dan mak aku lak melayan cucunya hehehe dah lama x jumpa cucu. Kali ni aku bukan lah nak ceritakan pasal aku g kenduri apa yang aku nak paparkan kat sini ialah gambar yang aku ambik dari umah adik aku ni bagi aku memang terbaik pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam dari umah adik aku so korang leh layan pic ni kalau korang rasa nak komen pun boleh pasal aku ni baru nak berjinak-jinak dengan dunia photography ni so aku pun membidik beberapa keping gambar yang aku rasa terbaik bagi aku untuk dikongsikan kat sini. mungkin korang semua dah muak tengok gambar KLCC kan so aku cuba ambik apa yang bagi aku adalah menarik dari pandangan aku jer, apa2 pun layan.........


lokasi : Renjana Ampang Kondo
masa/ tarikh : 2/12/2012 (Ahad)
Kamera : EOS 650D / 18-200mm/ ISO 1600/3200 / f 4.5 / shutter speed 1/100,1/200(aku x berapa ingat sangat ni main agak jer ni kalau salah sory ek.lagipun aku bukan pandainsangat ambik gambar ni.












kalau nak tahu ni gambar yang paling aku suka  












p/s kalau boleh komen la ckit pasal teknik nak ambik gambar panorama ni hehehe tq.


aDa LaGi Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...